Resepi Ringkas Kek Batik, Tapi Sedap!



Resepi Ringkas Kek Batik, Tapi Sedap!

Kek Batik sebut aja pasti terbayang lapisan biskut yang dilitupi coklat. kek batik ni dari zaman study lagi dah buat. Mudah dan menyelerakan.
Bahan-bahan:

* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin-hasue guna marjerin puteri,jadi kek tak mudah lembik
* 3 sudu makan serbuk koko (me prefer Van Houten)
* 1 tin kecil susu pekat manis > boleh kurangkan sedikit
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  2. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
  3. Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
  4. Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
  5. Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
  6. Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...


Responses

0 Respones to "Resepi Ringkas Kek Batik, Tapi Sedap!"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com