Neelofa Ingin Segera Berkahwin Dengan Lelaki Yang Matang Dan Berusia



Neelofa Ingin Segera Berkahwin Dengan Lelaki Yang Matang Dan Berusia. Impian Neelofa ini dikongsikan menerusi Utusan Online.
Saya pernah bercinta dengan seorang lelaki yang 20 tahun lebih tua daripada saya namun usia atau status bukan ciri-ciri lelaki pilihan, saya sebenarnya lebih gemar lelaki matang serta mempunyai keperibadian yang tinggi.
Mungkin anda tidak tahu, tetapi dalam diam ada sahaja lelaki yang ingin mendekati Neelofa tetapi hubungan mereka tidak berjaya kerana kurang persefahaman.
Neelofa juga akui beliau mempunyai ego tersendiri dan memerlukan seseorang yang matang sebagai teman hidup.
Saya tidak memilih namun ciri-ciri utama yang penting itu sebenarnya menentukan masa depan serta kehidupan saya sekeluarga kelak. Saya tidak mahu terburu-buru dalam memilih calon suami.
Tidak dinafikan, saya ada ego sendiri kerana itu saya meletakkan kematangan sebagai ciri utama dalam mencari lelaki idaman. Lagi-lagi, saya lebih suka menguasai perhubungan, jadi lelaki itu perlu bijak mengawal saya.

Semoga bertemu jodoh Ya!


Responses

0 Respones to "Neelofa Ingin Segera Berkahwin Dengan Lelaki Yang Matang Dan Berusia"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com