Wangian Tahan Lebih Lama. Long Lasting Perfume | Cuba Petua Ini!



Salam Tengahari. Hari Rabu yang indah dengan titisan hujan yang turun membasahi dedaun hijau mari kita kongsikan satu tips untuk para wanita di luar sana. Bosan wangian anda cepat pudar baunya bila menjelang tengah hari?

Jangan gusar, sebenarnya ada petua yang anda boleh amalkan agar wangian bertahan lebih lama daripada biasa.

Sebelum itu, pastikan jangan sesekali meletakkan minyak wangi di tempat yang panas seperti tepi tingkap atau di bawah lampu. Simpanlah di dalam almari ataupun dalam suhu bilik, sudah memadai.






Selepas itu, barulah aplikasikan petua ini. Sapukan jeli petroleum pada titik nadi seperti pergelangan tangan, leher, pelipat siku dan sebagainya.


Kemudian, barulah disembutkan wangian anda. Meskipun kelihatan agar janggal, namun ia membantu mengekalkan wangian itu lebih lama kerana keadaan kulit yang lembap. 




Lembapan ini membantu 'mengunci' pewangi yang anda gunakan. Namun, jangan gunakan losyen kerana wangian losyen akan bercampur dengan wangian anda itu. Mudah bukan. Selamat mencuba! 


Responses

0 Respones to "Wangian Tahan Lebih Lama. Long Lasting Perfume | Cuba Petua Ini!"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com