Resepi Bread Butter Pudding. Jangan Bazir Roti Paun Yang Hampir Expired!



Bila ternampak roti paun a.k.a bread yang hampir expired, mulalah terbayang-bayang nak buat something. Memandangkan bahan-bahan asas tak banyak kat rumah, me hanya gunakan apa yang ada saja.

Bahan-bahan:

1. telur 2 bijik
2.roti 6-8 keping ( i guna brand gardenia, lembut gittew)
3.butter - 4 sudu (cairkan)
4.kismis -ikut suka
5.susu cair - 2 tin (boleh guna susu full cream)
6.esen vanila
7.tepung custard
8.gula (1/2 cawan) - ikut le nak manis mana.
Cara-cara:

1.sapu butter kat mangkuk/loyang pembakar/bekas pembakar
2. pecahkan telur dalam mangkuk, kacau(pukul) then masukkan susu cair, gula, butter cair tadi, esen vanila (kacau sebati)
3. susun roti yang dicarik-carik dalam bekas pembakar. Kemudian tuangkan bahan campuran yang semangkuk tadi. Biarkan tenggelam, tekan2 sket pakai garfu. Taburkan kismis diatasnya.
4. Bakar pudding selama 30-40 minit dalam suhu 160 darjah. (bergantung pada oven).
**me terus buh gula sebab malas nak buat gravy custard. Tapi kalo nak buat boleh juga. Cara-caranya
Masukkan susu, gula, kacau dengan api kecil. Jangan mendidih ya. Then agak-agak gula dah sebati (tahap kemanisan ikut citarasa korang ye) , bancuh tepung custard 1 sudu setengah dgn sedikit air dan masukkan sikit-sikit dalam susu tadi. kacau-kacau. Hingga sebati, agak likat.


Responses

0 Respones to "Resepi Bread Butter Pudding. Jangan Bazir Roti Paun Yang Hampir Expired!"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com