AYAM GORENG BEREMPAH - Resepi Mudah dan Lengkap



Bulan puasa yang lalu tekak ni teringin nak makan yang sedap aje. Antara menu yang menjadi pilihan di bazaar adalah Ayam Goreng Berempah.

Ayam Goreng berempah kalau makan dengan nasi putih panas-panas perghh memang tak pandang kiri kanan dah. Kena lagi gorengan rempah yang crispy dan garing memang terbaik lah.

Jum admin kongsikan resepi Ayam goreng berempah.


Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • 1/2 ekor ayam-potong ikut suka, dibersihkan dan toskan..
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 sudu besar serbuk kari daging*
  • 1/2 sudu besar serbuk cili*
  • 5 batang serai-dihiris kasar*
  • 1 sudu besar biji ketumbar *
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 /2 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu besar lada hitam*(kisar halus bahan beranda*)
  • Garam secukup rasa dan sedikit gula
  • 2 tangkai daun kari Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara

  1. 1.Gaulkan ayam dengan bahan2 kisar,
  2. 2.Garam dan gula..Perap selama 1-2 jam.
  3. 3.Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga separuh masak, Taburkan daun kari dan goreng hingga ayam betul2 masak.
  4. 4.Angkat ayam dan tapis serdak...sedia untuk dihidangkan...


Responses

0 Respones to "AYAM GORENG BEREMPAH - Resepi Mudah dan Lengkap "

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com