VIDEO Misteri Pesawat MH370 Kini Terjawap




KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah menghantar dua pasukan – satu ke bandar raya Toulouse, Perancis dan satu lagi ke Pulau Reunion – berikutan penemuan serpihan pesawat di pulau Lautan Hindi itu.
Kata perdana menteri, laporan awal membayangkan bahawa serpihan berkenaan besar kemungkinan berasal daripada sebuah pesawat jenis Boeing 777, tetapi langkah perlu diambil untuk memastikan sama ada ia adalah daripada pesawat MH370 Malaysia Airlines, yang hilang pada 8 Mac 2014.
Melalui catatan dalam blog beliau, NajibRazak.com, Najib berkata pada peringkat ini, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi.
“Malaysia menerima berita daripada pihak berkuasa Perancis bahawa serpihan pesawat terdampar di pantai Reunion, pulau milik Perancis di Lautan Hindi, di timur Madagascar.
“Untuk mendapatkan kepastian dengan secepat mungkin, pihak berkuasa Perancis akan menghantar serpihan itu ke Toulouse, tempat terletaknya pejabat BEA terdekat, pihak berkuasa Perancis yang bertanggungjawab bagi penyiasatan berhubung nahas penerbangan awam,” kata beliau.
Najib berkata pasukan Malaysia yang menuju ke Toulouse terdiri daripada wakil kanan daripada Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam, pasukan penyiasat MH370 dan Malaysia Airlines.
“Pada waktu sama, pasukan kedua Malaysia pula menuju ke tempat serpihan itu ditemui di Reunion,” katanya.
Lokasi berkenaan, kata beliau, adalah sejajar dengan hasil anlisis hanyutan yang diberi kepada pasukan penyiasat Malaysia melibatkan laluan dari selatan Lautan Hindi ke Afrika.
Najib berjanji bahawa sebaik sahaja mendapat lebih banyak maklumat atau pengesahan, kerajaan akan mengumumkannya kepada orang ramai, sambil menyatakan bahawa sebelum ini, terdapat begitu banyak berita palsu.
“Tetapi, demi kepentingan keluarga yang kehilangan orang tersayang dan yang melalui ketiadakpastian yang begitu memeritkan perasaan, saya berdoa agar kita akan menemui kebenaran agar mereka akhirnya memperoleh khabar yang meyakinkan serta menikmati kedamaian jiwa.
“Saya berjanji kepada keluarga mereka yang hilang itu bahawa biar apa pun terjadi, kami tidak akan berhenti daripada berusaha,” kata beliau.
Menurut laporan, selain kepingan serpihan, satu beg pakaian juga ditemui berhampiran tempat sama dan ini meningkatkan lagi spekulasi bahawa ia berasal daripada pesawat yang hilang itu.
Pesawat MH370 yang membawa 239 orang terdiri daripada anak kapal dan penumpang, hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur. – BERNAMA

Komen



Responses

0 Respones to "VIDEO Misteri Pesawat MH370 Kini Terjawap"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com