Keenakan Sambal Buah Kuini - Resepi dan Cara Menyediakan



Semalam admin pergi makan tengah hari bersama rakan-rakan. Tengok juadah yang disediakan kat restoran tu agak menarik, ala-ala kampung gitu. Antara yang menjadi pilihan Sambal Buah Kuini dan Butter Chicken. Umpph...memang sedap! Actually pertama kali rasa makan buah kuini ni, rasanya seakan-akan buah bambangan kalau kat Sabah. Nak sediakan mudah saja..


SAMBAL BUAH KUINI ..

BAHAN-BAHANNYA 
1 biji buah kuini, ambil isinya
15 biji cili padi thai warna merah, cuci dan toskan
2 biji bawang merah, bakar hingga layu
1 inci belacan, bakar hingga harum
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA 
Tumbuk cili padi hingga hancur, masukkan belacan dan bawang merah, terus menumbuk hingga lumat dan halus. Masukkan secubit garam dan buah kunin tadi, tumbuk sedikit hingga buah hancur, gaul rata dan boleh dihidangkan.

Mudah saja kan.. so boleh lah try ye


Responses

0 Respones to "Keenakan Sambal Buah Kuini - Resepi dan Cara Menyediakan "

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com