GAMBAR Samsung Galaxy Note 3. Bakal Muncul Dengan Saiz Skrin 6.3 Inci



Samsung Galaxy Note 3 Bakal Muncul Dengan Saiz Skrin 6.3 Inci? | Samsung Galaxy Note II 5.5 inci, telefon bimbit bersaiz besar mencetus fenomena baru apabila hanya mengambil masa kurang 60 hari untuk syarikat itu menjual lima juta telefon bimbit bersaiz besar itu di peringkat global dan Samsung kini mendakwa sudah melepasi angka jualan sejuta di pasaran Korea Selatan saja, selepas telefon itu dijual selama 90 hari disana.

Kejayaan Galaxy Note asal yang dilancarkan pada 2011 dan penggantinya, Galaxy Note II yang dilancarkan pada September lalu adalah bukti bahawa perkataan ‘phablet’ akan wujud tidak lama lagi. Angka itu membuktikan bahawa adalah jelas terdapat pasaran bagi telefon bimbit dengan skrin yang lebih besar dan setakat ini Samsung menguasai penuh pasaran itu.
Samsung_Galaxy_Note_3_concept

(Gambar Atas – Concept Phones Galaxy Note III [concept-phones.com])
Untuk memastikan ia sentiasa di depan dalam persaingan yang baru muncul, Samsung dikhabarkan akan membangunkan Galaxy Note III 6.3 inci untuk menggantikan model semasa, dan bersedia untuk menjarakkan antara kategori telefon pintar dan tablet. Phablet terbaru itu dijangka dipamerkan pada Februari ini di World Mobile Congress di Barcelona.


Responses

0 Respones to "GAMBAR Samsung Galaxy Note 3. Bakal Muncul Dengan Saiz Skrin 6.3 Inci"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com