GAMBAR Ayu OIAM Tayang Wajah Anak Dan Suami




Ramai sudah maklum, penyanyi Ayu Damit sudah pun berkahwin dengan dikurniakan dua orang cahaya mata. Namun, sehingga saat ini, masih belum ramai lagi tahu wajah sebenar suami dan anak Ayu.
Akhirnya Ayu OIAM Berani Tayang Wajah Anak Dan Suami

Malah, jika ditanya pihak media, Ayu sering saja menolak tepi jawapan kepada persoalan tersebut dan lebih senang menjawab soalan yang hanya berkaitan dengan kerjaya seninya semata-mata.

Namun, baru-baru ini, penyanyi yang sekarang ini sedang membuat kemunculan semula itu sudah pun berani membawa anaknya itu ke mana-mana saja. Lebih manis lagi, Ayu tidak lagi sorok suaminya dan sudah pun berani meminta suaminya itu menemani dirinya dalam beberapa acara majlis hiburan.

Terbaru, Ayu sudah tidak segan lagi memperkenalkan suami dan anaknya di majlis hari jadi pereka fesyen tempatan, Kos Serani.

Difahamkan, pada majlis itu, Ayu bukan saja membuat kejutan dengan hadir ke majlis itu, sebaliknya dia telah mengejutkan tetamu yang hadir dengan memperkenalkan suami dan anak-anaknya.

Yang pasti, gembira dengan tindakan Ayu. Nampaknya, Ayu benar-benar menepati janjinya, apabila sudah tiba masa, dia tidak akan sorok lagi tentang suami dan anak-anaknya.


Responses

0 Respones to "GAMBAR Ayu OIAM Tayang Wajah Anak Dan Suami"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com