Anzalna Nasir Serik Terlalu Dedahkan Teman Lelaki





Malam tadi ketika berlangsung persembahan Teman Pengganti di Anugerah Juara Lagu ke 27, nama pelakon ini di’sebut sebut kenapa tidak naik ke atas pentas bersama Black & RJ.
Walaupun tanpa kelibat Anzalna Nasir yang merupakan heroin dalam video muzik rasminya, Teman Pengganti tetap berjaya pulang dengan gelaran Pesembahan Terbaik. Itu kisah malam tadi.
Anzalna Nasir memang di’ketahui tidak sembunyikan status dirinya yang kini bergelar kekasih kepada Hanif Zaki namun terbaru, pelakon ini berasa serik dengan pendedahan tersebut.
“Saya rasa macam terlalu terbuka pula mendedahkan teman lelaki pada khalayak apabila dia sering menemani saya walaupun hanya dua kali membawanya ke majlis rasmi,” ujar Anzalna Nasir.
Pelakon drama bersiri Adam & Hawa ini berkata sudah tiba masanya untuk beliau hadkan pendedahan mengenai kekasihnya kepada umum untuk mengelakkan rasa kurang senang banyak pihak.


Responses

0 Respones to "Anzalna Nasir Serik Terlalu Dedahkan Teman Lelaki"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com