Resepi Durian Crepe Sedap Dan Mudah



Resepi Durian Crepe Sedap. Sebut saja durian crepe pasti ramai dah terbayang crepe gebu yang dipenuhi dengan whipping cream dan isi durian. Durian Crepe yang disejukkan menambah lagi keenakan rasanya. Bukan susah nak buat Durian Crepe, jum sama-sama try resepi ni

Bahan-bahan Durian Crepe ( 30 bantal )

  • 250grm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
  • Filling**
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara buat durian crepe

  1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.


Responses

0 Respones to "Resepi Durian Crepe Sedap Dan Mudah"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com