Gambar Yuna Bercinta Dengan Mat Salleh, Jules Scratter




Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai kini dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang jejaka dari Amerika Syarikat bernama Jules Schratter.

Yuna kini pilih jejaka AS sebagai kekasih?
Menurut laporan dari sebuah akhbar tempatan, jejaka tersebut difahamkan merupakan jurugambar peribadi Yuna di AS.
Hubungan antara Yuna dan Jules ini dikatakan bukan lagi rahsia apabila Jules sendiri sering meluahkan perasaannya terhadap Yuna menerusi gambar-gambar yang dimuat naik di Instagramnya Throughjules.
Bukan itu saja, malah Jules turut memuat naik gambar-gambarnya ketika mengunjungi kampung halaman Yuna baru-baru ini.
Sebelum ini Yuna pernah menjalin hubungan cinta dengan pengacara Qi, namun disebabkan faktor jarak jauh hubungan mereka terkandas di tengah jalan





Responses

0 Respones to "Gambar Yuna Bercinta Dengan Mat Salleh, Jules Scratter"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com