Khairul Fahmi Dan Leuniey Kahwin Januari Ini, Ramai Gadis Makan Hati



Khairul Fahmi Dan Leuniey Kahwin Januari Ini, Ramai Gadis Makan Hati. Sekitar hujung Disember sehingga awal Januari 2013 akan menyaksikan terikatnya hubungan suami isteri antara Khairul Fahmi (Apek) dan Nur Eilunie Natasha (Leuniey). Tarikhnya masih belum dapat ditetapkan kerana Apek kini sedang sibuk menjalani latihan dengan skuad kebangsaan untuk Piala AFF.
gambar perkahwinan apek leuniey
Apa pun, ayah kepada Khairul Fahmi, Che Mat Hussain berharap akan perkahwinan ini akan menutup segala kontroversi yang pernah melanda anaknya. Katanya kepada Kosmo:-
Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas beliau pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan. Harapan kami perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya.
Kepada yang tertanya-tanya sama ada pasangan ini akan bertunang sebelum pernikahan, jawapannya ialah majlis pertunangan akan dilakukan sebelum majlis pernikahan berlangsung. Apa pun semoga perkahwinan ini akan lebih mematangkan Apek. Sama-samalah kita doakan agar segala persiapan mereka untuk hari bahagia akan berjalan dengan lancar.


Responses

0 Respones to "Khairul Fahmi Dan Leuniey Kahwin Januari Ini, Ramai Gadis Makan Hati"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com