Ana Dahlia Curang Punca Keretakan Rumahtangga



Pelakon sensasi Ana Dahlia, 29, menafikan dakwaan bahawa keretakan rumah tangganya dengan chef selebriti Chef Riz disebabkan dia curang.
 
Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar menegaskan dia berada di pihak yang benar namun enggan mengulas mengenai status perkahwinannya.
“Memang saya ada masalah peribadi tapi tidak perlu diceritakan buat masa sekarang. Suatu hari nanti semua orang akan tahu dan buat masa ini saya tidak ingin membuka aib sesiapa.
“Saya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan orang lain jauh sekali berlaku curang. Jangan membuat andaian tanpa bukti kukuh,” katanya pada majlis ramah mesra drama bersiri Cinta Itu Milikku di sini semalam.


Responses

0 Respones to "Ana Dahlia Curang Punca Keretakan Rumahtangga"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com