Ana Dahlia Bakal Menjanda Lagi? Chef Riz Ambil Borang Cerai



Aduh. Sedih pula mendengar cerita pergolakan di dalam rumah tangga Chef Riz dan Ana Dahlia ini. Bukan apa, pasangan ini memang nampak sangat sepadan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Diharap perkahwinan mereka dapat diselamatkan dan tidak berakhir dengan perpisahan.
chef riz ana dahnlia
Chef Riz enggan mengesahkan dakwaan yang mereka berdua sudah mengambil borang penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kajang. Namun Chef Riz mengakui yang ada perselisahan faham antara mereka berdua. Kata Chef Riz kepada Kosmo:-
Biasalah dalam perkahwinan, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri. Memang kami ada perselisihan faham dan saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami. Saya sayangkan dia (Ana) dan saya harap jodoh kami panjang. Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu, tunggu sahajalah perkembangannya.
chef riz ana dahnlia
Semoga usaha Chef Riz akan berhasil dan hidup mereka akan kembali bahagia seperti awal perkahwinan dulu. Sama-samalah kita doakan agar jodoh mereka kekal. (beautifulnara.com)


Responses

0 Respones to "Ana Dahlia Bakal Menjanda Lagi? Chef Riz Ambil Borang Cerai"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com