Wanita Datang Temuduga Dirogol Dan Samun




Wanita Datang Temuduga Dirogol Dan Samun. Akibat terlalu ghairah mencari kerja, wanita ini dirogol dan disamun. Jadi berhati-hatilah kalau nak cari kerja tu ye
Lelaki yang menyamar sebagai penemu duga jurujual wanita dengan tawaran gaji RM400 sehari sebelum menyamun dan merogol mangsa ditangkap polis semalam selepas menjadi buruan sejak 20 September lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek yang bekerja sebagai jurujual jam tangan berusia 29 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Seksyen 27 Shah Alam pada pukul 2.30 pagi.
Menurut beliau, siasatan awal polis percaya suspek sudah terlibat lebih tiga kes rogol dan samun di Lembah Klang dalam tempoh dua tahun lalu.
"Suspek yang menyamar sebagai penemu duga sebelum merogol dan menyamun gadis yang dipanggil temu duga di hotel ditahan awal pagi semalam," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.


Responses

0 Respones to "Wanita Datang Temuduga Dirogol Dan Samun"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com