Sinopsis Drama Darjat TV3, Slot Akasia Terbaru TV3




WANG & HARTA MENJADI PAKSI CINTA DALAM DARJAT
Apalah erti budi kalau ingin dihargai, apalah erti pengorbanan kalau inginkan balasan, apalah erti sahabat sejati kalau tiada keikhlasan di hati. Istimewa buat peminat drama TV3, dua buah slot popular iaituSlot Akasia dan Azalea tampil dengan drama baru iaitu DARJAT.

Slot Azalea pula akan menyajikan drama berjudul ‘Darjat’ bermula 4 Oktober 2012 ini. Drama yang menampilkan Syazwan Zulkifli, Talha Harith dan Ika Nabila sebagai tunggak utama di bawah arahan M.Nazir Juhan atau lebih dikenali sebagai Jet Lee dan skrip oleh Mufid Shuhaimi Bahaudin ini mengisahkan tentang hubungan cinta si enggang yang ingin terbang seiring dengan si pipit. Berjayakah Haziq, seorang pemuda miskin untuk mengahwini gadis impiannya, Karina yang datang dari keluarga mewah?
Sinopsis Pelakon Drama Julia TV3
Sinopsis Drama Darjat
Drama DARJAT berkisar tentang Haziq (Syazwan Zulkifli) yang merupakan remaja yang menghadapi dilema kehidupan yang menuntut pengorbanannya sebagai seorang anak. Haziq yang berasal dari sebuah keluarga yang susah terpaksa menyara keluarganya dengan membawa teksi.

Berbeza dengan Karina (Ika Nabila) yang merupakan anak orang kaya kepada Mansor dan Rosmah. Walaupun berada dalam keluarga yang berharta namun kehidupan Karina sentiasa dikawal oleh ayahnya. Dia hanya dibenarkan berkawan dengan orang kaya anak orang berada sahaja. Jadi tidak hairanlah mengapa Karina sering ditemani oleh Maria dan Tini sahaja.

Apabila Maria dan Tini keluar bersama buah hati mereka, Karina berasa amat bosan dan ketika mereka menonton wayang beramai-ramai, Karina membuat keputusan untuk pulang sendirian menaiki teksi. Sewaktu perjalanan pulang, beberapa orang lelaki yang di ketuai oleh Ghaz (Talha Harith) mahu menculik Karina dan kebetulan ketika itu Haziq berada di situ. Lantas Haziq menghulurkan bantuan dan kemudiannya berlakulah pertempuran di antara Haziq dan Ghaz.

Karina berasa terhutang budi dengan Haziq dan meminta ayahnya mengambil Haziq sebagai pemandu peribadinya. Tambahan pula Haziq merupakan rakan Karina ketika di sekolah dahulu. Mansor walaupun terkenal dengan sikap kedekutnya terpaksa akur dengan kehendak Karina demi keselamatan anaknya. Maka bermulalah tugas baru Haziq sebagai pemandu peribadi Karina.

Pertemuan demi pertemuan, akhirnya Haziq dan Karina dilamun cinta. Namun cinta mereka tidak direstui oleh Mansor kerana Haziq tidak setaraf dengan keluarga mereka. Di rumah Karina dikurung di dalam biliknya kerana Mansor tidak mahu anak gadisnya bertemu dengan Haziq. Mansor telah memasang hajat untuk mengahwinkan Karina dengan Ghaz. Tetapi mengapa Ghaz, yang pernah cuba menculik Karina sebelum ini? Siapakah Ghaz sebenarnya? Adakah kuasa cinta sejati Haziq cukup untuk membebaskan Karina daripada cengkaman bapanya? Untuk mengetahui apa yang bakal berlaku seterusnya jangan lupa untuk membuat temu janji anda bersama drama terbitan Primeworks Studios ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.00 petang hanya di TV3!

Penonton yang terlepas menyaksikan ‘JULIA’ & ‘DARJAT’ boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Sinopsis Pelakon Drama Julia TV3
Syazwan Zulkifli
Sinopsis Pelakon Drama Julia TV3
Ika Nabila
Sinopsis Pelakon Drama Julia TV3
Talha Harith


Responses

0 Respones to "Sinopsis Drama Darjat TV3, Slot Akasia Terbaru TV3"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com