'Sheikh' penipu terbongkar bila hafiz tegur bacaan solat



'Sheikh' penipu terbongkar bila hafiz tegur bacaan solat. Terdesak sangat lah manusia ni sampaikan bab agama pun nak menipu
 

KUALA LUMPUR: Kemahirannya ‘menjual air liur’ kononnya bergelar hafiz dan mempunyai pendapatan lebih RM100,000 sebulan membuatkan seorang lelaki diberi kuasa dan dijulang dengan penuh hormat oleh kariah masjid dan surau.

 Menggelarkan dirinya ‘Sheikh’, lelaki yang mengaku berusia 31 tahun dari Terengganu itu dilantik menjadi pengerusi masjid dan surau, malah mengislamkan seorang lelaki dan wanita dengan disaksikan jawatankuasa surau yang terpedaya dengan temberang kehebatannya.

 Dia juga diberi kepercayaan sebagai imam dan mengajar tadarus al-Quran. Namun, tembelangnya pecah apabila seorang hafiz sebenar menjadi makmumnya ketika solat dan menyedari kesalahan ayat dibaca lelaki terbabit, lalu menegurnya.

 Bertitik tolak daripada itu, jawatankuasa surau satu kawasan perumahan di Kepong mula melakukan siasatan dan akhirnya mendapati Sheikh itu menipu mereka dan sejak itu dia tidak lagi kelihatan di situ.


Responses

0 Respones to "'Sheikh' penipu terbongkar bila hafiz tegur bacaan solat"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com