Rozita Che Wan Kahwin Ahli Perniagaan November Ini




Rozita Che Wan Kahwin Ahli Perniagaan November Ini. Gosip mula bertebaran mengatakan Rozita Che Wan Kahwin Ahli Perniagaan. Ini bukan pertama kali gossip timbul berkaitan Rozita Che Wan yang dikatakan akan berkahwin. 
Terbaru, Harian Metro hari ini melaporkan yang pelakon sensasi ini dikatakan sudah bersetuju untuk menamatkan zaman solonya pada November 2012 ini.
Jejaka bertuah yang berjaya menawan hati Rozita Che Wan ini dikhabarkan bernama Bob, seorang ahli perniagaan yang menetap & mempunyai empayar sendiri di Johor.
Mereka dikhabarkan sudah lama berkenalan dan Bob sendiri sudah lama melamar Rozita Che Wan namun kini baru aktress ini bersetuju untuk terus berkahwin.
Kalau benarlah seperti yang dikhabarkan, nampaknya tercapai impian Rozita Che Wan untuk mengahwini seorang jejaka yang berharta. Sebelum ni Rozita menetapkan syarat mahukan lelaki muda kacak dan berharta. Adakah Bob memenuhi kriteria lelaki idamannya tu? Kita tungu dan lihat.


Responses

0 Respones to "Rozita Che Wan Kahwin Ahli Perniagaan November Ini"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com