Robert Pattinson Mahu Kahwini Kristen Stewart, Syarat Terima Maaf




Nampkanya hubungan antara aktor Robert Pattinson dan Kristen Stewart masih menjadi sorotan media Hollywood. Apa yang membuatkan Robert enggan mel;epaskan kekasihnya walaupun Stewart sudah terbukti curang?
Kisah mereka masih menjadi buruan dan paling terkini, pasangan kekasih yang dilaporkan renggang sebelum ini kerana kecurangan Stewart dilaporkan sudah kembali jernih.
Lebih daripada sekadar sudah kembali berbaik, tersebar berita tentang Pattinson memberi syarat kepada kekasihnya itu untuk meneruskan hubungan cinta mereka.
Pattinson didakwa telah meletakkan syarat agar Stewart berkahwin dengannya sebagai permohonan maaf atas kecurangan wanita berusia 22 tahun itu.
"Satu-satunya jalan untuk dia memaafkan dan menerima Stewart semula ialah aktres itu perlu berkahwin dan menghabiskan sisa hidupnya bersama Pattinson.
"Jika Stewart tidak bersetuju untuk berkahwin dengannya, dia tidak mahu meneruskan hubungan mereka," ujar satu sumber kepada Daily Star.
Pattinson dan Stewart telah menjadi pasangan kekasih selama empat tahun sejak mereka bertemu dalam filem saga Twillight. Hubungan mereka bergoncang selepas gambar-gambar intim antara Stewart dengan pengarah Rupert Sanders tersebar beberapa bulan lalu.


Responses

0 Respones to "Robert Pattinson Mahu Kahwini Kristen Stewart, Syarat Terima Maaf"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com