Punggung wanita lebam ‘diketuk-ketuk’ bomoh 2 jam



Punggung lebam ‘diketuk-ketuk’


GOMBAK: “Selepas berbaring, perawat itu meletakkan ranting kayu di celah kaki dan mengepit menyebabkan saya menjerit kesakitan. Tapi, dia tak peduli dan terus mengetuk seluruh tubuh saya termasuk muka dan kepala dengan ranting kayu selama dua jam.
LEBAM...Linda menunjukkan kesan lebam di bawah telinganya.
“Tidak tahan diperlakukan sedemikian, saya minta dia berhenti, namun tak dilayan kerana dia mendakwa ada syaitan dalam tubuh saya yang perlu dihalau dengan menggunakan kaedah itu.” 
Itu kata wanita dikenali sebagai Linda, 42, yang lebam teruk di beberapa anggota tubuh terutama punggung selepas menerima rawatan di sebuah pusat perubatan alternatif, dekat sini, yang menggunakan kaedah ‘ketuk-ketuk.’

Tidak puas hati dengan layanan diterimanya, Linda yang terpaksa menerima rawatan di hospital turut membuat laporan polis. Linda mendakwa dia musykil dengan kaedah digunakan pusat rawatan terbabit kerana lelaki yang memberi rawatan turut menghalangnya membaca ayat suci al-Quran.


Responses

0 Respones to "Punggung wanita lebam ‘diketuk-ketuk’ bomoh 2 jam"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com