PANAS! Rita Rudaini Dan Jue aziz Bergaduh Kerana Aidil Zafuan




PANAS! Rita Rudaini Dan Jue aziz Bergaduh Kerana Aidil Zafuan. Selepas keluar gosip  Aidil Zafuan Dan Jue Aziz bercinta muncul pula kenyataan rita Riduani yang dikatakan menjadi penyebar gosip tersebut. Rita Rudaini tampil menerusi Harian Metro mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah orang yang bertanggungjawab menyebarkan gosip percintaan Jue dan suaminya.
jue aziz rita
Cabaran ini dibuat selepas kenyataan Jue Aziz di bawah dikeluarkan menerusi Harian Metro baru-baru ini:-
Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula? Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya untuk meraih simpati masyarakat? Jika benar saya keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran di luar ibu kota
rita baru
Menurut Rita, kenyataan Jue Aziz di atas dengan jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua. Oleh kerana itu, Rita mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah penyebar gosip tersebut. Kata Rita:-
Saya cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya. Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhan itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka.
jue
Untuk makluman, Rita sendiri mengetahui tentang gosip ini menerusi rakan media yang menghubungi untuk mendapatkan reaksinya berkaitan isu tersebut. Rita telah mengetahui tentang hal tersebut semenjak Mac lalu dan tidak pernah menyebarkannya. Kata Rita:-
Pertanyaan itu datang daripada seorang wartawan sebuah majalah sekitar Mac lalu dan sebaik mendengar hal berkenaan, saya terus bertanyakan kepada Aidil, tetapi dia kata langsung tidak mengenali Jue. Saya bertanya kepada Aidil bukan sebab saya cemburu atau tidak senang dengan hubungan mereka berdua seperti dimaklumkan wartawan berkenaan. Sebaliknya berkata kepada Aidil jika mahu mempunyai skandal sekalipun jangan sampai menyusahkan saya. Gosip mereka berdua membuatkan wartawan mencari saya untuk mendapatkan komen. Kalau saya jahat sangat sampai ingin menyebarkan hal ini, dari Mac lalu hal ini sudah sampai ke pengetahuan umum. Tetapi kerana saya sudah tidak mahu ambil tahu apa yang Aidil ingin lakukan, saya biarkan saja gosip itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri

Sumber: beautifulnara.com & Harian Metro


Responses

0 Respones to "PANAS! Rita Rudaini Dan Jue aziz Bergaduh Kerana Aidil Zafuan"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com