Ning Baizura Tarik Diri Show Pesta Arak GUINESS



Ning Baizura Tarik Diri Show Pesta Arak GUINESS. Syabas buat Ning Baizura artis lama yang cukup profesional. Ning telah sahkan dia tidak terlibat dengan pesta arak anjuran Guiness. Manakala Mizz Nina terus berkeras mahu meneruskan show berkenaan. Noh Hujan tak kisah ke isteri dia nih

Jika Mizz Nina dengan bangganya menyatakan sudah 2 kali berkerjasama dalam menjayakan persembahan pentas yang dianjurkan oleh syarikat minum keras, sebaliknya pula bagi Ning Baizura apabila dia secara rasminya telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menjayakan persembahan tersebut dan memaklumkan dia tidak pernah melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung untuk mempromosi program tersebut.

 Pengesahan Ning menarik diri telah disahkan oleh pihak pengurusan Ning iaitu HappenNings (M) Sdn Bhd menerusi kenyataan media yang telah disiarkan di laman web rasmi Ning. Menerusi kenyataan itu, Ning difahamkan berasa kecewa dengan memaklumkan bahawa gambarnya yang dapat dilihat pada poster iklan itu telah digunakan tanpa persetujuan darinya sekaligus menjejaskan reputasi dan menerima kritikan daripada banyak pihak.

 Berikut kenyataan daripada pihak Ning yang disiarkan itu:-

 NING BAIZURA TIDAK TERLIBATKAN DI PERSEMBAHAN SOULED OUT “GUINNESS ARTHUR’S DAY”

 Ning dengan dukacitanya telah mendapati bahawa Gambar Ning telah digunakan tanpa persetujuannya di dalam sebuah poster untuk persembahan bagi acara “Guinness Arthur’s Day” yang akan berlansung pada 28hb September 2012 di Souled Out, Mont Kiara. Poster ini telah disebarkan melalui laman internet. Ning ingin menyatakan di sini, secara spesifik, am dan keseluruhannya, bahawa Ning tidak langsung terlibat dalam promosi “Guinness Arthur’s Day” sepertimana yang disalahgunakan dalam poster promosi itu.

 Ning Baizura telah ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning TIDAK ADA SEBARANG KAITAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN GAB.

 Ning dan Pihak Pengurusan Happenings memang sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana Syarikat yang mempromosikan minuman keras. Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet.

 KAMI INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PIHAK BAHAWA NING BAIZURA TELAH MENARIK DIRI DARIPADA PERSEMBAHAN DI SOULED OUT YANG BERTARIKH PADA 28 SEPTEMBER 2012.


Responses

0 Respones to "Ning Baizura Tarik Diri Show Pesta Arak GUINESS"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com