Gempar! Pawagam Terbelah Dua Ketika Tayang Filem Innocence Of Muslims?




Gempar! Pawagam Terbelah Dua Ketika Tayang Filem Innocence Of Muslims?Sejak semalam, tersebar sekeping gambar mendakwa kononnya sebuah pawagam di Amerika Syarikat telah terbelah dua ketika sedang menayangkan filem anti-Islam, “Innocence of Muslims”. Gambar ini tersebar di laman-laman sosial facebook dan twitter. Di bawah ini gambar yang dimaksudkan.
Pawagam Terbelah Dua Ketika Tayang Filem Innocence Of Muslims
Abby Abadi siap publish kat tweeter dia berita hoax ni.

Untuk makluman semua, berita yang disebarkan ini sebenarnya adalah berita palsu (hoax). Gambar Pawagam Terbelah Dua tersebut sebenarnya telah diambil daripada kejadian gempa bumi yang berlaku di Chile pada 2010.

Cuba korang Google, guna keyword “2010 Chile Earthquake”anda akan dapat melihat sendiri hasil carian memaparkan gambar bangunan yang serupa seperti gambar yang disebarkan di atas.
pawagam
Harap korang tolong sebarkan artikel ini, agar sebaran berita palsu ini dihentikan. Korang akan membuatkan Islam menjadi bahan gelak ketawa dengan penyebaran cerita bohong seperti ini. Orang kita ni mudah sangat percaya…

Kasihan Abby mudah sangat percaya benda-benda macam ni

sumber asal:-Milosuam




Responses

0 Respones to "Gempar! Pawagam Terbelah Dua Ketika Tayang Filem Innocence Of Muslims?"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com