Gambar Kerabat Sultan Brunei Di Majlis Kahwin Puteri Hafizah




Gambar Kerabat Sultan Brunei Di Majlis Kahwin Puteri Hafizah
SULTAN Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha mengapit pasangan pengantin diraja, Muhammad Ruzaini dan Puteri Hafizah Sururul Bolkiah bersama ahli keluarga diraja yang lain di Bandar Seri Begawan semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Nurul Iman di sini malam tadi.
Majlis itu diadakan sempena perkahwinan Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, anakanda kelima Sultan Brunei Darussalam dengan Pengiran Muhammad Ruzaini.
Istiadat bermula sebaik keberangkatan masuk pengantin diraja ke Dewan Bankuet Diraja pada kira-kira 8.30 malam.
Pasangan mempelai itu diiringi Sultan Hassanal Bolkiah dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha serta tetamu kenamaan lain termasuk Najib dan Rosmah.
Turut hadir ke istiadat berkenaan ialah Putera Faisal Saud dari Arab Saudi; Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra; Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen.


Responses

0 Respones to "Gambar Kerabat Sultan Brunei Di Majlis Kahwin Puteri Hafizah"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com