Gambar Hantaran Perkahwinan Anak Sultan Brunei, Puteri Hafizah Sururul Bolkiah



Gambar Hantaran Perkahwinan Anak Sultan Brunei, Puteri Hafizah. Puteri Sultan Brunei, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah (32) bernikah dengan Pengiran Haji Muhammad Ruzain (28) di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien semalam. Dengan satu lafaz sahaja Pengiran Haji Muhammad Ruzain kini sah menjadi suami kepada Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah di dalam majlis akad nikah yang berlangsung selepas Zohor semalam. 

Pada waktu malamnya pula majlis resepsi di adakan di Istana Nurul Iman, Bandar Segi Begawanyang dihadiri 1700 orang tetamu termasuklah Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razakdan Isteri. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah ialah anak kelima Sultan Hassanal Bolkiah dan bekerja sebagai pegawai di Kementerian Kewangan sementara Pengiran Haji Muhammad Ruzain pula ialah penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri. Semoga mereka dipanjangkan jodoh. 


















Responses

0 Respones to "Gambar Hantaran Perkahwinan Anak Sultan Brunei, Puteri Hafizah Sururul Bolkiah"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com