GAMBAR Edry (KRU) Semakin Kurus Kerana Sakit




Edry (KRU) Semakin Kurus Kerana Sakit

PETALING JAYA: Komposer dan pengarah filem terkenal, Edry Abdul Halim menyangkal dakwaan bahawa saiz fizikal dirinya yang semakin kurus sejak kebelakangan ini kerana menghidap sebarang penyakit.
Edry, 36, berkata, perubahan fizikalnya itu adalah disebabkan kesedaran tentang perlunya dia menjaga kesihatan diri dan mengakui mengunjungi pusat kecergasan setiap hari.
"Alhamdulilah saya sihat dan setakat ini tidak mempunyai sebarang penyakit dan perubahan fizikal saya tiada kena mengena dengan perkara itu.
"Saya kurus kerana saya bersenam setiap hari kerana ingin memastikan badan saya sentiasa sihat dan bertenaga," ujarnya 
Tambah Edry, dia berharap dapat memberikan inspirasi kepada masyarakat tentang pengamalan dan kepentingan gaya hidup sihat.
Dalam pada itu, Edry memberitahu, dia mendapat kesedaran untuk mengurangkan berat badanya selepas menonton rakaman konsert KRU di Dataran Merdeka pada tahun 2003 apabila mendapati dirinya kelihatan berisi.
Kata Edry, bertitik tolak daripada itu dia mengambil keputusan untuk mengubah gaya hidup dan mengamalkan senaman secara berterusan.
"Ketika itu berat badan saya mencecah 90 kilogram dan kini saya kekal pada angka 76 kilogram. Tetapi ia bukan sekadar nombor semata-mata tetapi apa yang lebih penting kita menjaga kesihatan dan melakukan senaman secara kerap," ujarnya.
Sementara itu, Edry berkata, selain senaman di pusat kesihatan dia juga turut menyertai tiga kelab bola sepak berbeza dan sering menghabiskan masa dengan bersukan jika mempunyai masa terluang.
Edry memberitahu dengan cara itu dia dapat beergerak aktif selain dapat merapatkan silaturahim di antara kenalan di padang bola.
"Ia adalah aktiviti menyihatkan dan ia juga dapat merapatkan hubungan antara rakan-rakan selain dapat berkumpul dan melakukan aktiviti lain," katanya.
Dalam perkembangan lain, filem arahan terbaru Edry berjudul 29 Februari sedang ditayangkan dipawagam dan ia adalah filem pertama menggunakan tiga dimensi (3D) yang menampilkan pelakon Remy Ishak dan Jojo Goh sebagai tunjang utama.


Responses

0 Respones to "GAMBAR Edry (KRU) Semakin Kurus Kerana Sakit"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com