Facebook Rozita Che Wan 'Rozita Che Wan (RCW)'




Facebook Rozita Che Wan 'Rozita Che Wan (RCW)'. Pelakon popular Rozita Che Wan akhirnya membuka akaun rasmi di laman Facebook (FB) untuk para peminatnya selepas lima tahun berkecimpung dalam dunia lakonan. 
Rozita, 39, berkata, pertanyaan yang berterusan daripada peminat mengenai aktiviti dan perkembangannya menjadi faktor dia mendaftarkan akaun FB bernama 'Rozita Che Wan (RCW)' di laman itu.
"Saya buat akaun FB kerana mahu mendekati dan berkomunikasi dengan peminat. Sebenarnya sudah lama mereka bertanya bila saya akan mempunyai akaun FB sendiri.
"Selama lima tahun menjadi pelakon, saya memang tidak pernah ada apa-apa akaun di laman sosial tidak kira FB, Twitter atau Instagram. Sejak tiga hari akaun itu dibuka, saya sudah mempunyai 400 kenalan," katanya.
Rozita berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya anjurannya di sebuah hotel di sini, petang Jumaat.



Responses

0 Respones to "Facebook Rozita Che Wan 'Rozita Che Wan (RCW)'"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com