Dato' Fazley Hormat Saya Hingga Tahap Yang Tertinggi- Kata Azwan Ali



Dato' Fazley Hormat Saya Hingga Tahap Yang Tertinggi- Kata Azwan Ali. Kelakar juga bunyinya apabila Azwan Ali mengatakan Dato' Fazley sangat menghormatinya hingga tahap yang tertinggi selepas tercetus pergaduhan antara mereka ketika mereka sama-sama berada di akhir-akhir program masakan Masterchef Selebriti Malaysia pertama dahulu.
Azwan Ali Akui Cukup Baran Dengan Sikap Dato`Fazley


"Terus-terang memang saya pernah mengamuk dan agak baran dengan Dato' Fazley kerana sikapnya yang telah melukakan hati saya ketika kami sama-sama dalam program masakan itu.
"Namun begitu, biarlah saya menyimpan sahaja punca yang menyebabkan saya menjadi terlalu marah dengan sikapnya itu kerana saya sendiri tidak mahu memanjangkan lagi hal ini. Lagipun, Fazley sendiri sudah mengakui kesalahannya serta meminta maaf secara peribadi kepada saya," 

Menurut Azwan lagi, kini hubungannya bersama Dato' Fazley semakin baik dan dia sendiri kagum dengan sikap Fazley yang sangat merendah rendah serta menghormati dirinya.
"Rasa baran saya ini lama-lama terubat selepas melihat sikap dia (Fazley) yang bersungguh-sungguh untuk berbaik dnegan saya dan cuba menghormati saya sehingga tahap yang tertinggi.
"Itulah kelebihan Fazley berbanding artis-artis lain terutama artis yang pernah memounyai isu pergaduhan dengan saya.
"Kalau artis lain pasti tidak sepertinya, malah masih mahu menang serta bertengkar dnegan saya. Bagi saya sifat Fazley ini harus dicontohi oleh ramai artis di Malaysia," luah Azwan Ali


Responses

0 Respones to "Dato' Fazley Hormat Saya Hingga Tahap Yang Tertinggi- Kata Azwan Ali"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com