Cemburu Dengan Shila Amzah, Hafiz Ke Korea Festival ABU Song 2012



Setelah ramai yang mempertikai kejayaan Shila Amzah kononnya Juara Mania, Hafiz AF lebih layak untuk mewakili Malaysia dipertandingan itu. Terbaru Hafiz bakal mewakili Malaysia untuk bertanding di Festival ABU Song 2012 di Korea Selatan.
Hafiz Ke Korea Ditanggung Astro Dan RTM

Keberangkatnya Hafiz ke Seoul, Korea Selatan pada 8 Oktober ini sebenarnya adalah atas undangan rasmi dari pihak RTM (Radio Televisyen Malaysia) yang menginginkan juara Akademi Fantasia 7 ini mewakili Malaysia.
Difahamkan, segala perbelanjaan Hafiz ke Korea Selatan dari segi penginapan, makanan dan penerbangan ditanggung sepenuhnya oleh RTM. Apa yang pasti, Hafiz yang bakal berjuang menerusi lagu Awan Nano akan ditemani seorang pengurus peribadi beserta seorang juru solek profesional

Menyentuh mengenai persediaan Hafiz untuk pertandingan ini, Hafiz yang diwajibkan mendendangkan lagu Awan Nano sedang bergiat berlatih untuk mempelajari bahasa Korea agar dia tidak kekok menghadapi juri pertandingan tersebut.
Lebih menarik lagi, Hafiz berkemungkinan besar bakal mendendangkan sebuah lagu Korea yang masih belum dipilih lagi.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Astro turut menyangkal dakwaan yang mengatakan penyertaan Hafiz dalam pertandingan ini adalah atas rasa cemburu dengan pencapaian Shila Amzah menerusi pertandingan Asian Wave 2012, baru-baru ini.
Malah, Astro turut memaklumkan Hafiz terlebih dahulu mendapat tawaran berkenaan sebelum nama Shila dijulang sebagai juara.
Apapun, semoga agar Hafiz berjaya mengharumkan nama negara bersama dengan Sabhi Saddi yang turut sama bertanding dalam pertandingan yang dianjurkan ini.


Responses

0 Respones to "Cemburu Dengan Shila Amzah, Hafiz Ke Korea Festival ABU Song 2012"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com