Ayu Raudhah Tunjuk Baik? Mahu Berdamai Dengan Rita Rudaini




Ayu Raudhah Tunjuk Baik? Mahu Berdamai Dengan Rita Rudaini. Zaquan dan Ayu melahirkan rasa ingin berbaik dengan kakak iparnya itu, Rita Rudaini.
berdamai rita
Ini sememangnya satu langkah baik yang harusnya dipuji. Kadang-kala pertelingkahan berlaku kerana kenyataan yang dikeluarkan tidak sama dengan apa yang ditulis melalui media. Kata Ayu Raudhah:-
Saya tak nak bagi kenyataan lagi lepas ini sebab kadangkala apa yang saya cakap itu tak sama apa yang ditulis di akhbar. Jadi maksud sebenar yang nak saya sampaikan itu tak tercapai. Contohnya, dalam satu ayat itu ditulis ada perkataan yang berpotensi nak provokasi pihak sana. Hah, itu yang cetuskan masalah sebab boleh tambah keruh keadaan. Jadi, bila dah diterbitkan, pihak sana pula terasa. Kemudian dia buat kenyataan balas. Tak kiralah sama ada di Twitter atau medium mana pun. Kalau macam itu, bila boleh selesai masalah.
ayu rita
Ada benarnya juga kata-kata Ayu ini. Menurut Ayu, ada kalanya dia terasa ada pihak yang cuba melaga-lagakan mereka. 
Prinsip saya cukup mudah. Saya tak suka orang pijak nama baik keluarga. Cakap yang bukan-bukan tentang keluarga saya. Jadi dalam masalah macam ini, berdamai adalah jawapannya. Jujurnya, saya dah letih bila orang cemuh bila isu ini dibangkitkan. khlas dari lubuk hati, saya teringin nak berkenalan lebih rapat dengan kakak ipar saya itu. Saya juga nak tengok kami sekeluarga duduk satu meja, berborak, bergurau. Itulah impian saya.

Sumber: Beautifulnara.com


Responses

0 Respones to "Ayu Raudhah Tunjuk Baik? Mahu Berdamai Dengan Rita Rudaini"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com