(12 GAMBAR) LEGOLAND Bawa Anda Kembali Ke Zaman Kanak-Kanak




LEGOLAND MALAYSIA. 


Menjejakkan kaki ke LEGOLAND® seperti berumur 12 tahun kembali. Excited! Kawasan di pintu masuk utama LEGOLAND® di panggil The Beginning yang menempatkan kedai barangan LEGO® terbesar di dalam taman tema ini, sebuah kafe, mesin ATM dan surau. Perjalanan  dimulakan di LEGO® City. Meriah warna-warni tempatnya.  Di sini, kita dapat membayangkan bagaimana kehidupan di sebuah bandar LEGO®. Kanak-kanak pasti seronok kerana dapat ‘memandu ‘ kapalterbang, kereta dan bot di LEGO® City Airport, Driving School dan Boating School. Bagi yang dewasa bolehlah mencuba ‘bakat’ menjadi polis atau bomba di LEGO® Rescue Academy. Mahu menaiki keretapi LEGO® keliling taman? Tunggu sahaja di stesen LEGOLAND® Express.
Tempat kedua kunjungan kedua ialah centerpiece setiap LEGOLAND® di seluruh dunia—MINILAND. Memang serasa seperti gergasi melihat mercutanda bandar-bandar Asia menjadi kecil tapi percayalah, anda akan menghabiskan masa yang cukup lama di sini. Kecil tidak bermakna tidak terperinci dan setiap perincian itu yang akan membuatkan anda terpaku. Miniature mercutanda ini semuanya ada unsur interactive. Ada yang mempunyai komponen bergerak dan ada yang mengeluarkan bunyi atau muzik yang sinonim dengan mercutanda tersebut. Antara yang menakjubkan ialah Tanah Lot (Indonesia), Angkor Wat (Cambodia), Taj Mahal (India)  dan bandaraya Kuala Lumpur.
Selepas itu, melangkah masuk ke dunia medieval di LEGO ® Kingdom yang merumahkan duarollercoaster menarik dan sebuah istana. Ada juga rides lucu untuk kanak-kanak di sini. Di istana, jangan lupa bergambar dengan Tuan Puteri  yang menanti di pintu masuk.
Sesuai dengan namanya, bahagian IMAGINATION mengajak anda untuk mengembangkan minda di Build and Test. Jika mahu melihat pemandangan seluruh LEGOLAND®, bolehlah ke Observation Deck. Selepas LEGO ® City, saya rasa IMAGINATION memuatkan banyak tempat permainan dan rides yang sesuai untuk anak-anak kecil. Lihat sahaja dari size DUPLO® Playtown dan Kids Power Tower nya. Jangan lupa juga untuk menonton pelbagai filem menarik 4D di LEGO ® Studios.
Bagi yang mengimpikan untuk menjadi explorer seperti Indiana Jones, Land of Adventure pasti menjadi kegemaran.  Sayang sekali waktu berkunjung di sini, masih ada beberapa rides menarik seperti Dino Island dan Lost Kingdom belum dibuka.
Bahagian terakhir yang dikunjungi ialah LEGO ® Technic. Dari jauh sudah terlihat wajah Einstein yang dibentuk 3D menggunakan LEGO® Bricks dan disampingnya ada LEGO Academy dan LEGO® MindStorms® tempat untuk anak kecil dan remaja mencipta kreasi LEGO sendiri.  Paling menarik di kawasan ini ialah rollercoaster Project X yang menggerunkan dan Aquazone Wave Racers yang menyeronokkan.
Makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan masuk tetapi jangan risau di dalam LEGOLAND ada beberapa tempat makan yang menarik bersama menu yang lazat. Harga mungkin sedikit mahal tapi kualiti terjamin dan rasanya enak. Di sekitar taman tema ini juga terdapat beberapa kedai cenderahati kecil. Jika anda mahu membeli sakan, jangan lupa melawat setiap satu kerana ada barangan yang terdapat di toko kecil-kecil ini yg tidak ada di The Big Shop.
Harga tiket masuk ke LEGOLAND juga mungkin dirasakan keterlaluan buat sesetengah golongan tetapi jika anda seorang peminat LEGO, ia cukup berbaloi. Jika anda sekadar mahu bersantai membawa keluarga di hujung minggu, mungkin ini bukan tempatnya.  You need to have a sense of curiosity and appreciation for details to appreciate LEGOLAND. Di setiap segmen taman tema ini ada saja patung-patung yang diperbuat dari LEGO. Tidak semuanya besar. Ada yang sekecil tupai. Jadi bukalah mata untuk melihat perincian ini.  Muzik latar yang dipasang disekitar taman tema ini juga sesuai dengan mood setiap bahagian. Jangan terkejut jika ada patung LEGO yang bersuara atau bergerak ya.
Oleh kerana kawasan persekitaran LEGOLAND masih baru dan sedang dibangunkan, ia agak kurang pohon menghijau dan menyebabkan LEGOLAND menjadi panas serta kurang selesa untuk dikunjungi.  Jika anda membawa stroller/kerusi roda, anda tidak perlu risau kerana kawasan LEGOLAND rata dan jika anda membawa bayi atau anak kecil, ada bilik khas disediakan  menukar lampin dan sebagainya.
LEGOLAND Malaysia akan dibuka secara rasminya pada 15 September 2012. Saya cadangkan, sebelum berkunjung, layarilah laman web mereka  (www.legoland.com.my )dahulu supaya anda lebih bersedia dan saya tidak menggalakkan anda membuat ‘day trip’ dari Kuala Lumpur. Pasti penat.  Sejujurnya saya rasa LEGOLAND akan menjadi lebih selesa dan seronok bila waterpark dibuka tahun depan.  Tapi jika anda peminat LEGO, jangan tunggu lagi. Cepat beli tiket harian atau lebih berbaloi lagi pas tahunan ke taman tema unik ini.
Tips ke LEGOLAND:
a) Bawa payung. Berguna ketika hari panas terik mahupun hujan.
b) Kalau mahu membawa anak kecil, sebaiknya biarlah berumur 5 tahun ke atas.
c) Pakai kasut dan baju yang selesa.
d) Bawa bateri lebih untuk kamera dan telefon bimbit.
e) Bawa sense of curiosity!
f)  Buka mata dan look out for the smallest details
g) Rides seperti Aquazone Wave Racers dan Dino Island melibatkan air dan akan membuatkan anda basah. Ada kawasan pengeringan tapi jika anda suka, poncho/baju hujan boleh dibeli di sekitar LEGOLAND.

Harga tiket LEGOLAND Malaysia:
Tiket                                             Harga
1-Hari Tiket Dewasa (12-59)         RM 140
1-Hari Tiket Kanak-kanak (3-11)   RM 110
1-Hari Tiket Warga Emas (60+)     RM 110

Tiket Tahunan/ Annual Pass
Tiket                                                                          Harga Biasa            Harga Promosi
LEGOLAND Annual Pass (Dewasa, 12-59 tahun)        RM275 / SGD115      RM245 / SGD102
LEGOLAND Annual Pass (Kanak-kanak, 3-11 tahun)  RM210 / SGD88        RM180 / SGD75
LEGOLAND Annual Pass (Warga Emas, 60+ tahun)    RM210 / SGD88        RM180 / SGD75

sumber: gua.com


Responses

0 Respones to "(12 GAMBAR) LEGOLAND Bawa Anda Kembali Ke Zaman Kanak-Kanak"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com