Wajib Tonton: STRANGERS, Filem Raya Petronas 14 Minit




Iklan raya Petronas adalah antara iklan yang ditunggu-tunggu bila menjelang hari raya. Berlainan sedikit dengan tahun ini, filem pendek raya Petronas berdurasi 14 minit menampilkan pelakon Redza Minhat.
Filem pendek ini mengisahkan Erman, seorang jurutera Petronas yang ditempatkan di Asia Tengah, cuba untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan jauh dari kampung halaman, apabila jalan hidupnya menemukan dia dengan seorang kanak-kanak lelaki tempatan, Jeyhun.

Erman dan Jeyhun mulanya tidak mengenali antara satu sama lain, setiap langkah membawa mereka lebih dekat untuk mengenali potensi diri mereka yang sebenar, dan membawa perubahan pada orang di sekeliling mereka. Ianya cerita mengenai perjalanan seorang lelaki untuk mengenali dirinya sendiri dan eksplorasi makna sebenar kehidupan.
Filem pendek raya Petronas yang lepas banyak berkisar kepada cerita-cerita di Malaysia, tetapi kali ini ia memfokuskan kepada cerita yang lebih besar–peranan yang dimainkan oleh Petronas di negara-negara tempat ia beroperasi. Mari saksikan filem pendek ini. Kredit gambar via.me Redza Minhat.

SUMBER: HERE


Responses

0 Respones to "Wajib Tonton: STRANGERS, Filem Raya Petronas 14 Minit"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com