VIDEO Ustaz Azhar Idrus Tegur Abby Abadi, Hanya Ulama Layak Persoal Hukum Islam





Ustaz Azhar Idrus Tegur Abby Abadi. Jangan ambil pusing sangat dengan video yang di’ambil dari sudut yang jauh, kata kata Ustaz Azhar Idrus dalam satu majlis keagamaan baru baru ini lebih penting.
Hujung minggu lalu, Ustaz Azhar Idrus tampil bersama Abby Abadi, Faizal Tahir & Man Raja Lawak dalam satu majlis ilmu yang mengambil tempat di Shah Alam.
Salah satu soalan yang di’ajukan kepada Ustaz Azhar Idrus melalui Abby Abadi adalah berkaitan fenomena penghijrahan selebriti hari ini & ilmu agama mereka.
Menurut penceramah agama popular ini, penghijrahan mereka sesuatu yang baik dan menjadi kemestian untuk umat Islam lain untuk suka dengan perubahan yang mereka ambil.
“Dia (artis) tidak tahu tetapi hendak menceritakan soal hukum (Islam), disitu tidak boleh. Imam pun tidak layak, bilal pun tidak layak — hanya ulama sahaja yang boleh,” ujar beliau.
Beliau turut menegur perbuatan sesetengah artis berhijrah yang menghentam artis lain yang belum berhijrah dan Abby Abadi lantas memotong jawapan Ustaz Azhar Idrus kerana ‘terasa’.
SUMBER :ROTIKAYA.COM




Responses

0 Respones to "VIDEO Ustaz Azhar Idrus Tegur Abby Abadi, Hanya Ulama Layak Persoal Hukum Islam"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com