Video Namewee Hina Lin Dan, Datuk Lee Chong Wei Mohon Maaf



Pasal Video Namewee, Datuk Lee Chong Wei Mohon Maaf


Video Namewee Hina Lin Dan. Tidak tahu apa lagi agenda penyanyi rap kontroversi dan pengarah filem, Namewee atau nama sebenar Wee Meng Chee yang seterusnya biar pun dia baru saha melancarkan filem Hantu Gangster pada 9 Ogos 2012 yang lalu.
Namun, caranya menyelar dan menghina Lin Dan, pemain badminton daripada China yang baru-baru ini mengalahkan Dato' Lee Chong Wei ketika pertarungan merebut pingat emas di temasya Olimpik, London minggu lalu telah menarik perhatian dunia.

Mungkin, ini juga ini cara beliau untuk meluahkan ketidak puasan hatinya terhadap kekalahan Lee Chong Wei kepada Lin Dan, namun secara tidak langsung perkara ini telah membuatkan pemain badminton nombor satu negara itu untuk tampil memohon maaf kepada peminat Lin Dan dan seluruh penduduk negara China itu.
"Saya memohon maaf mengenai video tersebut kerana saya tidak terbabit atau tahu menahu mengenai perkara dan lagu tersebut. Sekali lagi saya tampil di sini untuk memohon maaf kepada semua terutamanya peminat daripada China dan berharap anda memahami dan menerima permohonan maaf saya ini,"ujarnya melalui Weibo, yakni laman sosial seakan Twitter yang popular di negara itu.

Laporan daripada Bernama dan The Star ini juga menyatakan video tersebut telah tersebar ke serata laman sosial serta forum di negara republik tersebut dan telah menyebabkan kemarahan kepada peminat dan penyokong Lin Dan di China.
Media online dari China, Souhu, melaporkan bahawa Namewee cuma mempertahankan diri dan menyatakan dia sekadar mahu melahirkan perasaan seperti peminat-peminat lain yang seperti biasa akan kecewa dengan kekalahan bintang sukan yang disokong mereka.
"Kebiasaannya peminat akan melahirkan perasaan tidak puas hati dirumah sahaja tetapi saya memilih untuk menghasilkan video bagi menunjukkan perasaan saya atas kekalahan itu,"ujar Namewee.

Video yang dirakamkan dalam bahasa Hokkien itu telah tersebar pada minggu lalu dan telah ditonton lebih kurang 300,000 orang dalam masa 6 hari. Antara lirik yang terkandung dalam video itu adalah: "Tell him to go home. Don't be so cocky. You don't come to Malaysia to play. I see you one time, I beat you up one time,(pulanglah ke negara kamu. Jangan begitu belagak sombong. Kamu jangan datang lagi bermain di Malaysia. Jika saya terjumpa kamu, siaplah)."
Berikut adalah video yang dihasilkan Namewee berserta sarikata dalam bahasa Inggeris.


Video Namewee Hina Lin Dan


Responses

0 Respones to "Video Namewee Hina Lin Dan, Datuk Lee Chong Wei Mohon Maaf"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com