Syaleza Jaffar Dibunuh Suami Sendiri, Norazman Bashah



Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat syarikat gas dan minyak Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31,

Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat syarikat gas dan minyak Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya.



Kes kematian eksekutif TV9, Syaleza Jaffar yang dikatakan mati akibat mengantung diri akan terjawab apabila suaminya sendiri Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah didakwa oleh mahkamah menyebabkan kematian ke atas isterinya, Syaleza Jaffar. Tak pasti apa motif Norazman membunuh isterinya, namun kes ini masih dalam siasatan.
Berita penuh: 
PETALING JAYA - Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen swasta, TV9, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya itu, Nur Syaleza Jaffar, 31, bulan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Tertuduh yang memakai kemeja-T berkolar berwarna ungu mengangguk kepalanya sebagai tanda faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.
Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, di kediaman mereka di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara pukul 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lalu.
Norazman Bashah yang diwakili peguam, Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 14 September untuk tarikh sebutan. Turut hadir di mahkamah ialah ibu dan adik-beradik tertuduh. Sepanjang pertuduhan Norazman Bashah kelihatan sugul manakala seorang ahli keluarga tertuduh dilihat menangis.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi. - BERNAMA


Responses

2 Respones to "Syaleza Jaffar Dibunuh Suami Sendiri, Norazman Bashah"

Anonymous said...

Penulis, dia belum dibicarakan dan belum didakwa di Mahkamah Tinggi, kenapa dah sebut 'didapati bersalah'? Berita akhbar yg dilampirkan pun belum kata dia dah dibicarakan.. Harap dpt betulkan.


August 15, 2012 at 9:18 AM
ambooyats said...

TQ atas teguran, penulis dah betulkan


August 15, 2012 at 9:27 AM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com