Suami Ganas Pukul Isteri Dengan Hoki Dan Topi Keledar




KOTA BHARU – Seorang lelaki yang sedang dipenjara dua tahun kerana membelasah isterinya dengan kayu hoki terpaksa menjalani hukuman tambahan selama 15 bulan lagi dengan satu sebatan selepas Mahkamah Majistret di sini semalam menyabitkan kesalahan tertuduh kerana memukul mangsa yang sama dengan topi keledar.
Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohd. Asri Ahamed @ Mohammad, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah.
Beliau kemudian mengarahkan Mohd. Asri untuk menjalani hukuman itu selepas dia menamatkan hukuman dua tahun penjara dan tiga sebatan yang sedang dilaluinya itu.
Ketika kejadian, Mohd. Asri yang merupakan seorang kedi golf didakwa memukul Nik Rosdiana Mohamed, 22, dengan topi keledar sehingga mencederakan mangsa di kantin Kelab Golf dan Desa Kelantan, Pengkalan Chepa di sini pada pukul 8 malam, 3 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.


Responses

0 Respones to "Suami Ganas Pukul Isteri Dengan Hoki Dan Topi Keledar"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com