SERIUS GEDIK!! Rozita Che Wan Menagih Cinta Lelaki Muda




Alahai..tak pasal-pasal kak Rozita Che Wan di cop gedik
Satu demi satu lelaki muda yang silih berganti dikaitkan dengan aktres sensasi Rozita Che Wan membuatkan dia lali dan enggan melatah dengan gosip-gosip sedemikian.
Terbaru, dramatis berusia 39 tahun ini sekali lagi dikatakan intim semula dengan bintang bola sepak kebangsaan Mohd Asrarudin Putra Omar, 24, yang pernah dikaitkan dengannya tiga tahun lalu.
Rozita berkata, gosip yang mendakwa dia gemar menjalin hubungan dengan lelaki-lelaki muda membuatkan dia sudah berasa lali dan tidak kisah untuk menghadapinya.
Asrarudin Putra Omar sekali lagi dikaitkan intim dengan Rozita.
“Tak habis-habis, daripada satu lelaki kepada satu lelaki sampaikan saya sudah lali untuk melayan gosip-gosip yang timbul. Sebelum ini, Shahir (AF8), Zain (Saidin), lepas itu Beego dan sekarang saya dikatakan intim dengan Asrarudin pula.
“Sebenarnya gosip percintaan saya dan Asrarudin pernah diperkatakan beberapa tahun lalu dan tak sangka cerita ini timbul kembali. Walhal, saya hanya berkawan biasa dengan mana-mana lelaki muda,” katanya ketika ditemui mStar Online.
Shahir didakwa pernah rapat dengan Rozita.
Ibu tunggal kepada dua anak lelaki ini berkata, gosip yang terus mengaitkan dirinya dengan golongan berkenaan berpunca daripada keterbukaannya berkawan dengan mereka.
“Ini (gosip) semua timbul kerana saya banyak berkawan dengan lelaki-lelaki muda dan bujang sedangkan tiada apa-apa yang serius pun.
“Kalau berkawan dengan lelaki seusia saya akan timbul masalah juga kerana kebanyakannya mereka sudah berumah tangga,” jelasnya yang mengimpikan lelaki yang tidak banyak kerenah.
Zain Saidin antara lelaki muda yang paling dikaitkan dengan Rozita.
Beralih kepada sambutan Ramadan pada tahun ini, Rozita berkata dia bersyukur kerana menerima lima tawaran telefilem sepanjang bulan ini.
“Kalau pada Ramadan lalu saya sibuk dengan tawaran drama bersiri, pada tahun ini saya menerima lima telefilem.
“Memang agak sibuk juga bagi dua minggu puasa ini tetapi saya masih sempat berbuka dan menunaikan solat Tarawih dengan anak-anak,” kongsinya.
Gosip hubungan antara Rozita dan Beego semakin 'senyap'.
Terbaru, Rozita yang baru menamatkan penggambaran telefilem Lepas Raya Harap Balasuntuk tayangan Aidilfitri di TV3 akan memasuki set telefilem PA Ku Diva arahan Rashid Sibir pula pada minggu depan.
Drama bersiri lakonannya, Miss Octopus kini disiarkan pada setiap Ahad pukul 9 malam di TV9.


Responses

0 Respones to "SERIUS GEDIK!! Rozita Che Wan Menagih Cinta Lelaki Muda"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com