Seksyen 114 Akta Keterangan Tak Relevan, Digesa Mansuhkan




Hari ini 14 August 2012 adalah Hari tanpa Internet, bukan itu saja Seksyen 114 Akta Keterangan turut diperkenalkan. Bagi yang belum mengetahui mengenai Seksyen 114 Akta Keterangan ini, 
  • Seksyen ini memberi lebih kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap komen yang dilakukan di internet walaupun ia dibuat oleh pihak lain.
  • Selain itu, pihak yang didakwa di bawah akta tersebut perlu mengemukakan bukti bagi menyangkal dakwaan salah laku terhadap mereka walaupun komen-komen berkenaan dibuat oleh penggodam.
  • Seksyen itu akan mewujudkan suatu anggapan bahawa pemilik kedai kopi yang menawarkan WiFi percuma boleh dianggap telah menerbitkan satu penerbitan dalam talian dari sesuatu komputer menggunakan kemudahan WiFi.


Sampai begitu sekali? Adakah kerajaan takut dengan bayang-bayang sendiri hingga menyekat rakyat bersuara? Tak dinafikan disebalik keburukan internet terdapat kebaikan juga. Sebagai contoh pembongkaran GELANG PALSU AC MIZAL oleh blogger Aidid Muaddib telah menyelamatkan orang melayu dari terus tertipu.
Jikalau akta begini terus dikuatkuasakan pasti lebih banyak pembohongan yang disimpan. Ikuti berita penuh:
KUALA LUMPUR: Satu pasukan petugas interim perlu ditubuhkan bagi merangka Kertas Putih dan kajian untuk melakukan semakan terhadap pindaan Akta Keterangan 1950.
Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dalam satu kenyataan berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu menubuhkan pasukan petugas untuk menangani kebimbangan terhadap pindaan kepada Akta Keterangan.
Pindaan terhadap Akta Keterangan diluluskan pada April dan diwartakan pada 31 Jun lalu namun wujud kontroversi bagi Seksyen 114 (a) akta tersebut.
Pelbagai pihak mendakwa bahawa seksyen itu memberi lebih kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap komen yang dilakukan di internet walaupun ia dibuat oleh pihak lain.
Selain itu, pihak yang didakwa di bawah akta tersebut perlu mengemukakan bukti bagi menyangkal dakwaan salah laku terhadap mereka walaupun komen-komen berkenaan dibuat oleh penggodam.
Sebelum ini dilaporkan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak berpuas hati dengan pindaan tersebut merancang untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan agar mengkaji semula akta tersebut.
Malah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut dilaporkan berkata mereka akan melobi pihak kerajaan agar menukar seksyen kontroversi itu.
Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia menggesa orang ramai untuk mengambil bahagian dalam 'hari tanpa internet' hari ini (Selasa) untuk mewujudkan kesedaran mengenai isu itu.
Lim berkata, Seksyen 114 (a) akta tersebut perlu dimansuhkan kerana ia mengandungi anggapan bahawa mana-mana pengguna berdaftar sesuatu perkhidmatan rangkaian adalah penerbit bagi setiap penerbitan yang dihantar melalui komputer yang dihubungkan dengan perkhidmatan rangkaian internet.
"Seksyen itu akan mewujudkan suatu anggapan bahawa pemilik kedai kopi yang menawarkan WiFi percuma boleh dianggap telah menerbitkan satu penerbitan dalam talian dari sesuatu komputer menggunakan kemudahan WiFi," katanya.
@: pasti blogger PAPAGOMO senyum lebar, kalau salah pun ada 'orang atasan' tolong backup


Responses

0 Respones to "Seksyen 114 Akta Keterangan Tak Relevan, Digesa Mansuhkan"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com