RESEPI Cornflakes Madu/Honey Terbaik Punya



Agak lambat update blog malam ni sebab tadi siang sibuk menyiapkan Cornflakes Madu/Honey. Raya dah nak dekat, jadi kenalah ada persiapan antaranya projek Cornflakes Madu/Honey cookies yang berjaya disiapkan siang tadi.

Kalau korang Google search terdapat banyak resepi Cornflakes Madu/Honey, ada yang bubuh susu pekat manis, gula dan pelbagai lagi. Bagi me sendiri resepi Cornflakes Madu/Honey ini adalah yang terbaik setakat ini me pernah cuba. Mudah lagi mudah, murah lagi murah :)



RESEPI Cornflakes Madu/Honey Terbaik Punya


Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )

  • 250gm cornflakes (kotak kecil)
  • 125gm butter (1/2 buku)
  • 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
  • 5 sudu makan madu 
  • Mixed fruits (ceri, kismis)

Cara-cara

  1. 1campurkan_bahan
     Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
  2. 2cairkan
     Masukkan madu dan kacau sehingga campuran tadi kelihatan sedikit pekat atau likat. (kalau nak lebih manis boleh tambah madu/gula perang ikut citarasa)
  3. 3masukan_madu
     masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah likat tadi
  4. 4aduk_sampai_rata
     aduk sampai rata, kemudian masukkan Mixed fruits dan gaul lagi
  5. 5masukkan_acuan
     masukkan dalam acuan dan bakar selam 5-10 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau nak bagi cornflakes honey ni lekat)


Responses

0 Respones to "RESEPI Cornflakes Madu/Honey Terbaik Punya"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com