Resepi ALMOND LONDON Rangup..crunchy nyumm!!



My Favorited biskut raya ever ALMOND LONDON. Tiap tahun wajib ada biskut ni, kalau ada biskut ni memang dah tak pandang biskut yang lain. Selalunya biskut ni beli aje, tapi kali ni teringin nak buat sendiri. Resepi ALMOND LONDON crunchy pun dah ada, so apa lagi moh ler try buat sendiri :)


Resepi ALMOND LONDON  RANGUP

Bahan-bahan ( 100 biji )

  • 125 g mentega
  • 75 g gula aising
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 225 g tepung gandum
  • 1 camca teh emplex (disatukan bersama tepung gandum dan diayak)
  • 335 g badam berkulit (digoreng hingga kuning keemasan & toskan atas paper towel)
  • 300 g coklat masakan
  • 1/2 camca besar lemak sayur
  • Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
  • Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara-cara

  1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
  4. Ambil sebiji biskut, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas.
  5. Buat seterusnya dan susun rapat2 antara satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti.
  6. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara.

* EMPLEX tu untuk buat biskut Almond London lebih crunchy..kalo korang suka rangup-rangup kenelah letak ye
Dekorasi ALMOND LONDON ikut kreativiti; contoh EMPLEX


Responses

0 Respones to "Resepi ALMOND LONDON Rangup..crunchy nyumm!!"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com