Redza Syah Bakal Jadi Pengacara TV Bersama Irma



Redza Syah Bakal Jadi Pengacara TV Bersama Irma. Personaliti yang dimiliki suami kepada aktres Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, nampaknya cukup disenangi peminat isterinya.
Malah, penampilan Redza yang sangat ramah setiap kali menemani isterinya di beberapa majlis tertentu sangat bersesuaian dengan gelaran sebagai suami kepada selebriti popular tempatan.
Jadi, tidak hairan ramai tertarik dan ada segelintir pihak berpendapat Redza sesuai jadi pengacara TV bersama isterinya sepertimana pasangan popular Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya, Ustaz Wan Akashah menerusi program Semanis Kurma di TV9.

Redza Syah Sedia Jadi Pengacara TV Jika Irma Izinkan



Menjawab persoalan ini, Redza yang lemah lembut tutur bicaranya menjelaskan berkemungkinan dia akan mempertimbangkan untuk menerima tawaran tersebut seandainya benar ada pihak menawarkannya.
"Saya harap, jangan ada pihak salah faham dengan penampilan saya bersama isteri di beberapa majlis tertentu. Saya bukannya mengambil kesempatan atau menumpang dirinya. Apa yang anda lihat ini adalah diri saya yang sebenarnya. Saya memang suka berbual dan melayan orang.

"Sebenarnya, saya mahu orang lebih senang mendekati saya. Tidak mahu ada rasa kekok nanti. Insya-Allah, andai kata tawaran berkenaan datang, saya tidak kisah dan mungkin akan menerimanya.
"Itupun kalau isteri saya izinkan. Apapun, saya lebih senang menemani Irma kerana risau kesihatannya yang sedang hamil di peringkat awal," katanya 
Dalam pada itu, Irma berseloroh mengatakan bahawa keputusan tawaran ini terletak pada suaminya kerana suami adalah individu yang berhak menentukan keputusan bukannya isteri.
"Eh, apa pulak? Awak tu suami, awaklah yang menentukannya. Bukannya saya," ujar Irma kepada suaminya sambil ketawa.

Sementara itu, mengulas tentang kontrovesi yang berlaku melibatkannya diri itu, Redza hanya mampu tersenyum dan menjawab pertanyaan berkenaan dengan seikhlas hati.
"Terus-terang, saya tidak rasa tertekan dengan kontroversi yang berlaku sewaktu kami berbulan madu baru-baru ini. Saya hadapinya dengan normal saja. Saya hanya mampu melahirkan senyuman saja.
"Saya pun tidak boleh mengharap semua orang suka pada kita. Perkara negatif yang berlaku itu adalah dugaan dari Allah. Ia juga tanda Allah sayang kepada kita. Saya hanya bersikap positif dan ia langsung tidak mendatangkan masalah.
"Lagi pun, dari awal lagi, saya sudah berterus-terang dengan Irma mengenai status saya. Ia adalah ujian untuk kami. Saya pun tidak mahu salahkan mana-mana pihak kerana mereka pun melaksanakan tugasan mereka," jelas Redza.

Sebelum mengakhiri perbualan, Redza sempat memberitahu, peristiwa tersebut menimbulkan kerisauan dirinya terhadap keluarga dari kedua-dua belah pihak.
"Kami berserah segalanya kepada Allah S.W.T. Kami tidak tertekan tetapi cuma risaukan keluarga kedua-dua belah pihak. Namun, selepas kami jelaskan segalanya, Alhamdulillah mereka semuanya faham. Mereka siap berpesan kepada kami, jangan dilayan dengan berita sebegini," ujarnya tanpa henti tersenyum.


Responses

3 Respones to "Redza Syah Bakal Jadi Pengacara TV Bersama Irma"

sue said...

Jawapan yang terbaik... baik Irma dan suaminya tidak menyimpan dendam dan berserah pada Allah s.w.t .... TERBAIKKKK.... saya sokong .....


August 29, 2012 at 1:51 PM
sue said...

Jawapan yang terbaik... baik Irma dan suaminya tidak menyimpan dendam dan berserah pada Allah s.w.t .... TERBAIKKKK.... saya sokong .....


August 29, 2012 at 1:51 PM
sue said...

Jawapan yang terbaik... baik Irma dan suaminya tidak menyimpan dendam dan berserah pada Allah s.w.t .... TERBAIKKKK.... saya sokong .....


August 29, 2012 at 1:51 PM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com