Promosi Mega Raya Jakel; Harga baju raya murah





 Promosi Mega Raya Jakel; Harga kain murah di Jakel. Pilihan baju kurung, baju Melayu dan pakaian kanak-kanak pada setiap tingkat gedung tersebut cukup mengundang rambang di mata.
Koleksi Syawal itu direka dengan sentuhan moden dan tidak terdapat di pasaran lain. Bermula dari serendah RM39 sepasang, mereka yang tidak mahu berbelanja besar disarankan membeli baju kurung fabrik kapas mudah basuh.
Baju eksklusif
Baju kurung eksklusif berharga RM800 ke atas yang menggunakan renda Perancis dan perincian swarovski. Menariknya, setiap saiz item begitu eksklusif iaitu hanya terdapat sehelai yang seumpamanya. 
Baju kurung sutera sifon juga menjadi percaturan Jakel kali ini dan hanya dijual pada harga RM130 sepasang.
Kaum Adam dilihat beruntung pada promosi Jakel tahun ini. Pelaburan RM85 sudah memadai bagi melayakkan lelaki mendapat sepasang baju Melayu bersama sehelai songket percuma. Pilihan baju Melayu berharga RM300 ke atas turut disediakan.
Baju raya kanak-kanak di Jakel tidak ketinggalan hebatnya. Si cilik perempuan akan kelihatan anggun mengenakan baju kurung corak bintik polka dan perhiasan swarovski yang mewah. Ia dijual pada harga RM35 bagi jenis biasa dan RM69 ke atas untuk baju kurung berkualiti tinggi.
Begitu juga dengan baju Melayu kanak-kanak lelaki, ibu bapa hanya perlu berbelanja RM35 bagi mendapatkan sepasang baju Melayu beserta songket percuma.
Permaidani
Selain pakaian, permaidani juga menjadi rebutan pengunjung. Sebanyak dua juta unit disediakan di kesemua cawangan Jakel dan dijual pada harga serendah RM29 seunit.
Pengunjung yang berbelanja pada amaun tertentu turut berpeluang menyertai cabutan bertuah bagi merebut hadiah lumayan seperti kereta Perodua Viva, motosikal dan televisyen LCD. Setiap jenis hadiah itu dicabut berdasarkan jumlah belanja pengunjung. Contohnya, mereka yang berbelanja RM1,000 ke atas diberi peluang menyertai cabutan bertuah hadiah kereta. Cabutan akan dilakukan pada 18 Ogos depan.


Responses

0 Respones to "Promosi Mega Raya Jakel; Harga baju raya murah"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com