Penjaga Gol Kebangsaan Berkhalwat Dengan Isteri Orang




Penjaga gol skuad kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias (gambar) telah dituduh berkhalwat. Nampaknya kisah khalwat bukan hanya disensasikan dikalangan artis tetapi juga ahli sukan negara. Penjaga gol negara yang sepatutnya dituduh di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas kesalahan berkhalwat dengan isteri orang tidak muncul di mahkamah semalam kerana kurang sihat.
Pegawai Pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli berkata, penjamin Mohd. Farizal, 26, iaitu Khairul Izwan Mohamed Jamaluddin hadir untuk menyerahkan salinan sijil sakit kepada mahkamah sejurus prosiding berakhir.
Terdahulu, semasa kes khalwat Mohd. Farizal yang masih bujang disebut di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad, tertuduh yang juga penjaga gol utama skuad bola sepak Negeri Sembilan tidak kelihatan begitu juga dengan pasangannya, Zaiton Othman, 29.


Responses

0 Respones to "Penjaga Gol Kebangsaan Berkhalwat Dengan Isteri Orang"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com