Pandelela Rinong Raih Gangsa, Seru Nama Bapa Sebelum Terjun




TAHNIAH buat Pandelela Rinong yang meraih gangsa dalam acara 10m Platform Wanita di sukan Olimpik London 2012. Dalam acara peringkat akhir di Pusat Akuatik London awal pagi Jumaat, Pandelela bermula kurang baik namun kembali mencabar dengan mengumpulkan 359.20 mata di belakang pemenang pingat emas Chen Ruolin dari China dan perak dirangkul oleh peserta Australia, Brittany Broben.
Dengan kejayaan ini, Pandelela akan menerima ganjaran RM150,000 di bawah skim insentif Kementerian Belia dan Sukan dan pencen bulanan RM2,000
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud turut mengumumkan pemberian hadiah khas kepadapeserta Olimpik dari Malaysia, Pandalela Rinong sekembalinya dari kejohananberprestij di dunia itu.
Rahsia kejayaan Pandelela Rinong Pamg adalah dengan menyeru nama bapanya. Ikuti berita penuh:
SAMARAHAN – Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg memiliki rahsia tersendiri sebelum meraih pingat gangsa Olimpik pertama negara apabila menyeru nama bapanya sebanyak tiga kali sebelum memulakan aksi bertaraf dunia malam kelmarin.
Perkara itu didedahkan oleh bapa Pandelela, Pamg Joheng, 46, yang meminta anaknya itu berbuat demikian bagi menghilangkan perasaan gemuruh ketika melakukan acara tersebut malam kelmarin.
Buruh binaan itu berkata, beliau bukan sahaja meminta anaknya berbuat demikian semasa kejohanan Olimpik bahkan di kejohanan-kejohanan besar lain sebelum ini.
“Saya minta dia seru nama saya sebelum terjun untuk menghilangkan rasa gemuruh dan dia buat betul-betul.
“Sebaik sahaja tamat saingan itu, sayalah merupakan bapa yang paling gembira di dunia kerana tidak sangka doa saya setiap masa dimakbulkan,” kata Pamg Joheng kepada Kosmo! di kediamannya di Taman Samarex di sini semalam.-kosmo!


Responses

0 Respones to "Pandelela Rinong Raih Gangsa, Seru Nama Bapa Sebelum Terjun"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com