OMG! Sharifah Sofia Berhijab Tapi Masih Nak Masuk Disko



Apa nak jadi dengan artis malaysia ni. Adakah mereka memakai hijab sekadar mengikut trend semasa dan mahu menarik populariti apabila nama mereka disebut-sebut mengatakan sudah berhijrah memakai hijab siap upload gambar bagai?

 Mana tak nya macam seorang artis ini yang dikatakan sudah berhijrah memakai tudung atau hijab tapi masih nak masuk ke disko. Malang sekali Sharifah Sofia dihalau dari disko kerana memakai hijab. Kalau dah tahu berhijab kenapa masih nak jejak tempat macam tu, kan dah tak pasal-pasal kena halau

Ikuti berita penuh: Pelakon Sharifah Sofia melalui pengalaman telah dihalau keluar oleh pekerja sebuah disko di sini kerana kehadirannya ke pusat hiburan berkenaan dalam keadaan berhijab.
Sofia atau nama sebenarnya Sharifah Sofia Syed Hussein, 27, yang bertudung sejak 1 Julai lalu berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia mahu menghabiskan masa di pusat hiburan untuk berjumpa rakan-rakannya.
“Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan? Semasa di dalam pusat itu, kebanyakan wanita menunjukkan reaksi pelik terhadap saya sehinggalah pekerja di situ meminta saya keluar sedangkan mereka kenal dengan saya.
“Masa itu saya tahu kenapa orang memandang, sebab saya pakai tudung. Tetapi saya bukannya mengambil minuman keras ataupun buat perkara yang tidak senonoh pun?” katanya 
Jelasnya, selepas kejadian itu, dia merujuk semula dengan membaca buku-buku panduan agama Islam, barulah dia memahami kewajaran untuk menjauhkan diri daripada tempat-tempat tersebut jika mahu berhijrah menjadi lebih baik.
Bagaimanapun tambah Sofia, penghijrahan yang dilakukannya ini dianggap sebagai melengkapi tuntutan syarak yang wajib dilakukan seseorang wanita Muslimah.
Kata Sofia, dia mula mendalami Islam sejak mengandung anak sulungnya iaitu Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini berusia setahun setengah melalui pembacaan buku dan juga mendapatkan panduan di Internet.
"Sebelum bertudung, bukan bermakna saya ini 'kosong' tentang pengetahuan Islam. Cuma kali ini saya lebih mendalaminya dan mahu diri ini sempurna dengan tidak meninggalkan amalan wajib.
"Tindakan ini ditambahkan lagi ketika suami menunaikan ibadah Haji pada tahun lalu dan tibalah masanya untuk saya melakukan tanggungjawab sebagai isteri bagi menjaga nama baiknya.
"Alhamdulillah, kini saya sudah berhijrah. Mungkin inilah masanya untuk saya memelihara keseluruhan pakej diri," ujarnya.
Sementara itu, mengenai perkembangan kerjayanya, anak kelahiran Liverpool, England ini berkata, dia berhasrat untuk menjadi ibu sepenuh masa tetapi tidak bermakna mahu meninggalkan terus dunia seni.
Baguslah kalau dah berhijrah ke arah kebaikan :)


Responses

2 Respones to "OMG! Sharifah Sofia Berhijab Tapi Masih Nak Masuk Disko"

Pezol Stylez said...

owh..dia xberapa faham sgt psl aturcara hidup seorang islam. perlu ada banyak bimbingan lg


August 11, 2012 at 1:50 AM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com