OMG!!! Budak 14 tahun Rogol Kanak-kanak 12 Tahun




Remaja mengaku bersalah rogol kanak-kanak

Apa nak jadi budak-budak sekarang, baru cecah sekolah menengah dah berani nak rogol anak orang. Berita penuh: 
KOTA BHARU-Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mengaku bersalah merogol kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun di sebuah rumah di Kampung Bemban, Mei lalu.
Mengikut pertuduhan, remaja lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun 11 bulan itu di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Bemban, jam 4 petang, 20 Mei lalu.
Remaja lelaki itu dihadapkan di depan Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor dengan ditemani ibunya sebagai penjaga.
Remaja itu yang merupakan pesalah juvana membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa mahkamah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) dan dihukum di bawah seksyen yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan semalam dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Nabilah menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 namun Muhamad Hafiz membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 selepas ibu tertuduh memohon jaminan dikurangkan dan berjaya meyakinkan mahkamah mereka dapat hadir pada tarikh ditetapkan.
“Saya memohon wang jaminan dapat dikurangkan kerana suami saya hanyalah seorang buruh binaan dengan pendapatan RM1,500 sebulan, manakala saya hanya seorang suri rumah yang tidak bekerja.
“Saya berjanji akan memastikan anak saya hadir setiap kali dikehendaki mahkamah,” katanya. Mahkamah menetapkan 12 September ini untuk sebutan kes tersebut.-Sinarharian

@: kalau cerita rogol/cabul mesti negeri pantai timur. Admin bukanlah bersifat kenegerian tetapi begitulah yang selalu tertulis di akhbar


Responses

0 Respones to "OMG!!! Budak 14 tahun Rogol Kanak-kanak 12 Tahun"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com