OLIMPIK: Lee Chong Wei Menang Keatas Pemain Indonesia, Mara Ke Suku Akhir






LONDON: Datuk Lee Chong Wei mara ke suku akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London selepas mempamerkankan prestasi cemerlang ketika menentang Simon Santoso dari Indonesia.
Jaguh Malaysia itu tidak menunjukkan sebarang tanda kecederaan di bahagian buku lali sehingga akhir perlawanan apabila menundukkan Simon 21-12, 21-8 dalam masa 34 minit.
Chong Wei kini akan bertemu Kashyap Parupalli dari India di suku akhir.
Kashyap sebelum itu mengalahkan Niluka Karunaratne dari Sri Lanka 21-14, 15-21, 9-21 untuk menempah tempat ke suku akhir.


Responses

0 Respones to "OLIMPIK: Lee Chong Wei Menang Keatas Pemain Indonesia, Mara Ke Suku Akhir"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com