Norish Karman Diugut Gambar Anak Luar Nikahnya, Haq



Norish Karman Diugut Gambar Anak Luar Nikahnya, Haq. Rupa-rupanya, punca penyebaran Gambar Anak Luar Nikah Norish Karman adalah disebabkan kegagalan si penyebar tadi mendapatkan wang ugutan. Berkata kepada Berita Harian, gambar tersebut disebarkan selepas si penyebar gagal mendapat wang ugutan daripada Norish Karman. 
haq norish karmanMenurut Norish Karman
Alhamdulillah peminat memberikan banyak kata perangsang kepada saya. Mereka memberitahu, akan terus menyayangi dan setia menyokong kerjaya seni saya. Saya membuat pendedahan itu pun bukan untuk membuka mahupun menutup sebarang cerita. Awalnya, selepas kelahiran Haq, saya memang terfikir bagaimana mahu memperkenalkan Haq kepada khalayak. Cara terbaik adalah dengan mengadakan sambutan ulang tahun pertamanya. Tetapi ada pihak yang terlebih dulu mendahului saya apabila menyebarkan gambar kami, kerana gagal mendapat wang ugutan.

Artikel penuh dari Berita Harian

Pelakon sensasi, Norish Karman, tidak berhasrat menyaman individu yang menyebarkan gambarnya di sebuah hospital berserta anak yang ketika itu baru saja dilahirkan di internet. Dia enggan berbuat demikian kerana berasakan tindakan itu tidak membawa sebarang faedah.

“Tiada gunanya menyaman orang yang menyebar gambar saya itu kerana mereka bukannya ada duit. Lainlah jika mereka mempunyai banyak duit, sekurang-kurangnya berbaloi juga saya bersusah payah naik-turun mahkamah,” katanya

Selepas dia melakukan pendedahan berani mengenai kehadiran bayi diberi nama Haq Lutfie Alexander sebagai anak kandungnya, menyebabkan diri wanita ini terus menjadi perhatian. Kala ditanya apakah impak daripada pendedahan dilakukan tempoh hari, wanita ini berkata, dia terkejut dengan sokongan tidak berbelah bagi ditunjukkan peminat terhadap dirinya. Menurutnya, ada yang mendekati sambil memeluk erat seraya mengucup dirinya. Tidak kurang yang menawarkan diri menjadi ibu dan bapa kepada Haq. “Alhamdulillah peminat memberikan banyak kata perangsang kepada saya. Mereka memberitahu, akan terus menyayangi dan setia menyokong kerjaya seni saya. “Saya membuat pendedahan itu pun bukan untuk membuka mahupun menutup sebarang cerita. “Awalnya, selepas kelahiran Haq, saya memang terfikir bagaimana mahu memperkenalkan Haq kepada khalayak. Cara terbaik adalah dengan mengadakan sambutan ulang tahun pertamanya. Tetapi ada pihak yang terlebih dulu mendahului saya apabila menyebarkan gambar kami, kerana gagal mendapat wang ugutan,” katanya.

Dugaan Tuhan Aktres ini juga mengakui tidak pernah menyesali tindakan memperkenalkan Haq kepada masyarakat. Apa yang berlaku sebaliknya dianggap sebagai dugaan Tuhan. Ujian yang dilalui pula, tegas Norish, menjadikan dirinya lebih kuat. “Biarlah sesetengah masyarakat memandang negatif pada saya. Bagi saya, itu hak individu kerana kita tidak tahu bagaimana untung nasib kita pada masa depan,” katanya.

Info
 * Pernah berkahwin dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 11 Januari 1998 di Perlis.
 * Bagaimanapun mereka sah bercerai pada 15 Julai 2008.
 * Menerusi perkahwinan itu, Norish dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 12; Muhammad Hady Amieran, 9; dan Nur Hanyz Amanda, 8.
 * Kehadiran bayi diberi nama Haq Lutfie Alexander yang dilahirkan pada 24 September 2011 menimbulkan tanda tanya kerana selepas bercerai, Norish tidak pernah mengumumkan sebarang majlis pernikahan semula dirinya.


Responses

0 Respones to "Norish Karman Diugut Gambar Anak Luar Nikahnya, Haq"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com