KOLEKSI PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI 2012 | SMS LAWAK RAYA




KOLEKSI PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI 2012. Eratkan hubungan bersama insan tersayang dengan menghantar SMS pantun sempena raya ini. kalau susah sangat nak mereka pantun, KOLEKSI PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI 2012 menyediakan 9 pantun raya untuk korang pilih.

Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri :

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang 

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya 
Maaf-maafan dihari bahagia 

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan 

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah 

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Sumber: Budiey



Responses

0 Respones to "KOLEKSI PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI 2012 | SMS LAWAK RAYA"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com